Aku berdoa kepadaMU ya ALLAH,
untuk menemukan aku dengan seorang lelaki yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu...
yang mencintai aku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana siapa aku dihatinya...
seorang lelaki yang menasihati ketika aku berbuat salah dan yang tegar mendoakan aku dalam kehidupannya..
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi
seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.. yang menjagaku sebagai amanah hidupnya..
Dan aku juga meminta kepadaMU ya ALLAH..
Jadikanlah aku seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga kerana aku mencintai-Mu lebih dari mencintainya..
yang mampu untuk selalu ada di rusuk kirinya malah cukup ampuh untuk lelaki itu bersandar saat sihat dan saat lelahnya..
Dan jadikan juga aku seorang perempuan yang cukup bijaksana menguruskan amanah lelaki itu disepanjang persinggahan kami di dunia ini..
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan..
Sehingga kami bertemu, lindungilah aku daripada lelaki-lelaki yang sekadar menumpang teduh dihatiku...simpankanlah tubuhku dan hatiku hanya untuk lelaki yang berhak untukku...
Terima kasih ya ALLAH tuhan sekalian alam...
yang Maha Esa Maha Berkuasa....
![]() |
| p/s/: jangan lupa doa untuk ibu bapa kita ya.. |
jumpa lagi ya :)

No comments:
Post a Comment